Make your own free website on Tripod.com

 
 

Alhamdulilah Jonah telah di bebaskan atas kesalahan memperjuangkan hak kemanusiaan..........saya percaya jiwa anak muda ini pasti lebih kental dalam memperjuangkan keadilan di negara kita ini. Insyallah saya akan memberi sedikit coretan kelak......Pak Din 28-07-2001

 

 



KLIK ATAS GAMBAR UNTUK SIZE BESAR


Salam Reformasi,

Hari ini kami berkesempatan untuk mengunjungi Sdr Jonah di rumah beliau Masjid Tanah Melaka. Anak muda ini jelas nampak bersemangat sungguhpun hampir 25 hari di beliau di paksa menuntut di Institusi Khas ISA. Institusi yang diperuntukan bagi mereka yang berani memperjuangkan hak kemanusian dan berani bangkit menentukan kejayaan reformasi. Sdr Jonoh sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan taulan yang memberikan sokongan kepada beliau. 

Dalam pada itu anak muda ini berazam untuk kembali berkhidmat secara percuma untuk Universiti Bangsar Utama dan berazam untuk menambah jumlah penuntut di pusat tuisyen tersebut. Bukankah ini anak muda yang berjiwa besar? 

Anak muda ini akan kembali untuk menentukan agar adik-adik yang bakal menuntut di pusat tuisyennya menerima peluang pembelajaran yang sempurna.

Seperti yang dikatakan tidak ada satu universiti dalam Malaysia yang dapat membentuk jiwa besar seorang individu melainkan individu tersebut ikhlas dan luhur dalam pegangan hidup dan ikhlas dalam perjuangan.

Alhamdulilah kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya Sdr Jonah kembali kepangkuan yang tersayang. Moga anak muda ini akan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan bagi membela hak kemanusian di negara yang tercinta ini.

Pak Din 29-07-2001